Thursday, December 24, 2009
seorang kawan tidak bernyawa
kau kwn paling setia aku,
aku sangat suka berdamping dengan mu,
kau tidak ada perasaan busuk hati,
kau tiada perasaan dengki
ke mana aku pergi kau sentiasa di sisi
ramai org kata kita pasangan sejati,
aku gelak ja..
aku ingat lagi masa aku mula-mula kenal kau,
mula-mula tak biasa,
tak best sebab ko nih bisu
tak leh cakap tak leh gerak..
entah la..
tapi lama-lama kita jd kawan karib
setiap masalah aku kau tau
kau jadi pendengar setia aku
bagusnya ko..
sentiasa ada kat aku..
aku sangat sayang kat ko..
tapi aku cam nak lupakan kau la..
aku nak tinggalkan kau.
hati nih sedih sgt.. yer la
kau tak lukakan hati aku pon..
tp ko nih umpama madu dalam bekas yg beracun..
sedihnya aku..
aku sayang kat kau..
tapi aku sangat sayang diri aku..
malam tuh aku tgk tV..
mcm2 orang kata ttg kau..
sungguh aku tak sangka.
kau gunting dalam lipatan..
aku sakit..sakit hati aku..
sanggup kau buat aku macam nih..
aku harap pertemuan kita disini saja
yer la.. disini.. aku nak lupakan kau
biarla aku tiada kawan mcm kau..
selamat tinggal kawan ku
selamat tinggal ROKOK
aku nak cakap TAK NAK
bye-bye.....
Wednesday, December 23, 2009
jika tak sudi
namun bersopanlah padaku
ucaplah selamat tinggal
jangan kaku membisu
aku tak kisah tak apa
cuma aku kan terasa
pedih di dada kan beku
gelora dijiwa akan merana
api membakar kan padam
bila dijirus air..
jika tak sudi tak apa
aku boleh terima
ucaplah selamat tinggal
jangan kaku membisu..
Sunday, December 13, 2009
hari ini
macam biasa jer
macam ari ari semalam
tp hari ini mungkin baik sikit
baik kerana aku dah tahu
aku dah pandai
pandai sikit dari semalam
hahhahah
pandai ketawa
pandai menangis
pandai bergaduh
tp aku rasa aku tak suka la hari ini
kenapa?
aku benci plak jadi pandai
benci jadi hipokrik
hrmm
kalu jadi bodoh org ramai tak suka
tp aku suka
ska kerana aku tak tahu apa yg aku wat tu adalah perkara bodoh
hrmm bosan.. bosan
tah la.. kadang-kadang aku lurus macam pembaris.
tp aku suka dari aku punya lidah yg bercabang.. hahahhah
Saturday, December 12, 2009
izinkan
untuk ku benihkan cintaku ini
agar aku suka kamu
agar aku cinta kamu..
berikan aku peluang
berikan aku kesempatan
izinkan aku mengisi ruang-ruang kosong
untuk ku benihkan cintaku ini
moga kitakan bersama
moga kitakan bercinta
aku mahu cinta
aku mahu kasih
bersemi..
perjalanan bercabang
aku masih buntu
arah mana harus aku tuju
jalan mana yang tak keliru
aku berdiri
melihat jalan-jalan
melihat lorong-lorong
melihat denai-denai
namun aku masih tak tahu
aku lihat kanan
aku lihat kiri
aku lihat atas
aku lihat bawah
aku duduk menepuk tanah
mengengam pasir
aku sujud
ya TUHAN
ya Rasul
tolong aku
bantu aku
aku tak tahu
aku keliru
aku tak lagi bisa memilih
aku tak bisa lagi
aku tak bisa lagi...
kenapa dan mengapa
persoalan yang wajib
persoalan yang selalu
menjadi pertanyaan
kenapa dan mengapa
harus punya jawapan
harus punya penyelesaian
yang bisa meruntuhkan tanda soal
kenapa dan mengapa
bisa menyakitkan
bisa mengembirakan
setiap orang yang merasa
kenapa dan mengapa
boleh jadi kaku
boleh jadi bisu
malah boleh jadi beku
kenapa dan mengapa
kenapa dan mengapa
Wednesday, September 30, 2009
menipu diri
sukar lagi nak merasa
merenung dari hati
melihat guna rasa
namun sia-sia
bait antologi kata
berselerak berterbangan
udara sesak dengan bahasa
jiwa gelora tanpa kata-kata
detik berlalu
masa melintas
zaman berubah
kaki masih tidak bergerak
nafas masih berlagu sumbang
sukar melanda
mencari penyelesaian
kerja sia-sia yang tiada kekal
menipu diri
menjadi kendiri
sebagai kekuatan membentuk azali
namun diri sukar berdikari
melihat hati sering berperi
gundah dan gembira sering terjadi
semasa melintas onak berduri
Thursday, September 17, 2009
HATI NAK BERPERI
adakah tentang rasa
ataupun tentang dunia
dunia dalam fantasia
kadang-kadang ia berperi
walaupun tiada sebarang perintah
aku beri
dia tetap akan menyanyi
lagu yang syahdu meminta rasa simpati
Saturday, September 5, 2009
lupakan seketika orang yang tak mengerti
Ombak tanpa pantai,
Layang-layang tanpa tali,
Langit tanpa bumi,
Si pungguk tanpa bulan,
Dan Aku tanpa dirimu..
tapi semua itu tiada erti
kerana semua belum pasti
hidup ini pon banyak liku lagi
entah esok kita akan mati
lebih baik kita sendiri
cari dulu ketenangan abadi
mencari sejuta maksud duniawi
moga mudah nanti kita berperi
usah mudah bersedih hati
jiwa lemah tiada bersendi
menjadi mayat sebelum mati
jadi rugi merana sendiri
dengarlah nasihat ini
dari seorang rakan yang sejati
cubalah kau tenangkan hati
lupakan seketika orang yang tak mengerti
Monday, August 31, 2009
Aku sudah mengerti
Hujan atau panas , ribut atau petir
Bukan menjadi soal
Bukan mudah aku nak terima
Bukan mudah aku nak melupakan
Semuanya sudah aku lihat
Semuanya sudah aku baca
Hari ini aku tersilap lagi
Tersilap memberi kata-kata
Tersilap melafas
Kaki ku tersadung
Muka kulah yang memamah bumi..
Ketawa aku sudah tidak manis
Tagisan juga sudah tawar
Yang tinggal hanyalah kenangan
Kenangan indah bagai mimpi
Terima kasih memberi ruang sempit
Supaya bisa aku berlari
Terima kasih memberi udara
Supaya bisa aku bernafas
Terima kasih memberi aku kenangan
Supaya bisa aku terkilan….
Sunday, August 30, 2009
tiada sapa tahu
jika lurah itu dalam
jika laut itu luas
jika matahari itu panas
jika malam itu gelab
namun
rahsia yang tersimpn dalam peti sanubariku
mengatasi segalanya
berat bagi ku meluahkan dengan kata-kata
kelas lidah ku bergetar mengeluarkan suara.
biarlah ia hanya pedih didalam kota
asal tiada yang terluka
Friday, August 28, 2009
Sajak kepada kawan-kawan
kamu jadilah seperti petani yang mempunyai sebatang cangkul
pasti hari esok gunung itu rata,
menjadi tanah yang terhampar
dipijak oleh kau sang juara.
jadilah seperti ombak yang mampu merubah pantai
setiap kali terdampar memberi makna sejuta persoalan
jangan sesekali jadi anjing yang menyalak bukit
sesungguhnya sia-sia kelakuan itu.
merosak nilai, merosak pekerti
jadilah seperti ubi, jadilah seperti padi.
susunguhnya diam itu senjata orang berilmu.
jika kamu sudah kalah
sudah tewas
sudah dipijak
mengakulah dengan iklas dan akuilah
kekalahan itu.,.. namun
jangan sesekali menyerah
jangan sesekali putus asa
jangan sesekali layu jika
bertemu kali kedua.
jika kamu melihat besi
jaganlah anggap ia berat
jika kamu melihat kapas
jaganlah anggap ia ringan
jadilah seperti sungai
mengalir tiada henti
membawa khazanah beerti
menuju tempat yang pasti
Friday, August 21, 2009
Keputusan
bagaimana prinsipku
bagaimana perjanjian diriku
sukar aku luahkan
tapi lebih sukar aku menyimpan
aku binggung takut tersinggung
luka bernanah tiada ubat
keputusan amat sukar
pening kepala memikir
sakit hati tertikam
tiada lena mata waktu malam
tiada lapar perut selalu kenyang
persoalan bagaimana aku perlu huraikan
persoalan seperti mana aku harus nyatakan
terima kasih jika sudi menunggu
jika engkau hendak terbang
aku rela lepaskan seperti selalu
sesungguhnya sukar aku memberi tahu
Wednesday, August 19, 2009
untuk palastin
wajah-wajah duka
yang mengalirkan sungai
jernih
mata mana dapat saksikan
lautan sengsara
bila cuping-cuping nipis
digigit jeritan sakit
hati mana dapat menahan sebak
pabila
rumah berteduh hancur
raungan sikecil hilang ibu
luka dicurah garam
malam ini aku tidak dapat lena
sakit hati membuak bak di cencang
oleh besi2 bersayap
oleh kerana itu aku tergumam
malam ini jariku panas
mata mana tahan
lihat wajah-wajah duka
warga lemah tiada tenaga
menahan jerih perih
sabarlah saudaraku
ini adalah ujian dari Esa
ujian yang perlu kalian tempuhi
ujian yang kalian harus syukuri
ujian ini hanya untuk mengguji
mengguji kecekalan, ketabahan,kesabaran dan ketaqwaan
kalian sedang diuji jadi :-
janganlah lalai
janganlah leka
janganlah bersedih
janganlah terus menangis.
sambutlah ujian ini :
dengan seyuman
dengan besar hati
dengan penuh kesyukuran
masa ini kalian tunjuklah
dalam mana taqwa
tinggi mana iman
teguh mana hati
besar mana islam
yang menyelimuti rohani dan jasmani
sesungguhnya DIA sedang melihat kalian
salahkah cinta
salahkah aku jika hati ini mendua
kalau cinta itu sebuah keyakinan
salahkah aku jika dipenuhi keraguan
kalau cinta itu sebuah anugerah
salahkah aku jika merasa tersiksa
kalau cinta itu terhormat
salahkah aku yang mengikuti syahwat
kalau cinta itu ada
salahkah aku jika mencinta
maafkan aku
kerana tidak bisa
menitiskan air mata
memohon maaf dari mu
kerana keras hatiku beralas besi
maafkan aku
kerana tidak bisa
merayu memohon simpati
kerana perasaan malu menyelimuti dadaku
maafkan aku
kerana tidak bisa
berkata-kata
kerana mulutku dikunci bisu
maafkan aku
kerana tidak bisa
berdepan dengan mu
kerana kaki ku lemah
tiada bersendi
Monday, August 17, 2009
hanya kata-kata bisa membunuhku
siapa aku, siapa mereka,
aku sunyi
aku menyendiri dalam ramai
aku berpuisi,
puisi ku tentang sunyi
sunyi yang amat aku sukai
tapi aku disakiti
aku tidak bisa lagi mengerti apa-apa
perasaan isi hati
ku tak minta rasa simpati
untuk dicintai
kehadiran ku hanya untuk mengisi
isi kekosongan dan kehampaan
kehadiran ku juga hanya menjadi bahan ejekan
bukan semua yang mudah mengetahui
dan bukan semua mudah mengerti
hanya kata-kata bisa membunuhku
Kini kembali
malas aku hendak membuka blog aku nih.
tp kenapa secara tiba2 tangan ku gatal hendak menulis..
salam utk kekawan yg membaca..
tiada apa2 yang menarik pon dalam blog aku nih..
hanya yang mampu melihat jew dapat melihat apa yg tersirat kat dalam setiap bait kata aku dalam blog nih..
kalau sesiapa yg tak paham tuh.. sory la ea.. aku pon tak buka kelas untuk mengajar memahami tulisan blog aku..hehheh
blog nih aku wat untuk pos atau upload apa2 sahaja pemikiran kreatif atu inovatif aku..
kalu aku byk memikir byk la akan aku upload kan tpkalu ku bler tuh maka tiada apa2 la..ehheheh
ok la nani aku sambung lain.. tata
Tuesday, April 28, 2009
kenapa malam sunyi
tiada cahaya yang menyinari
kosong tiada erti..
kuba jendela yg kusam
memegang kapas pasir yg dingin
namun tiada apa yg mengerti
tiada siapa yg mengerti
malam yang sering sunyi ini
tiada siapa peduli..
Tuesday, February 17, 2009
penat
ke kanan..
aku penat
ke depan
ke belakang
aku penat
berlari
berjalan
aku letih
siang
malam
aku lesu
argh...
sakit
letih
penat dan lesu
Wednesday, February 4, 2009
puisi aku
hebatnya seperti cintaku ini
hebat chaya menembusi wajah ku
memaparkan cerita
memaparkan cereka
saat cinta mula bersemi
hebatnya sehingga menghirs
hebatnya sehingga menguris
luka lama berdarah lagi tika ku
simpan jauh d sanubari..
"puisi 2"
susah hidup klu hanya menanti,
susah hidup klu hanya bermimpi,
susah hidup klu hanya sunyi,
susah hidup klu hanya sepi,
"puisi 3"
awan gelap pasti akan hilang
setelah mentari muncul,
ceria siang akak pudar setelah mlm suram menjelang,
aku akan hilang setelah tiada ruang kosong,
ucaplah selamat tinggal kenangan,
kerna ia tak akan mungkin berulang,
ucaplah selamat pergi ilusi dan jgn di ingat,
terima kasih kerana memberi ruang,
untuk ku mencoret mimpi
aku hanya tahu
Sunday, February 1, 2009
tegang
letih
marah
geram
sakit
pedih
lemah
ahrgggggggggh
tegang
apa dah jadi...
risau
macam mana aku nak tempuh
macam mana aku nak harung
Thursday, January 29, 2009
Dia melihat
ini adalah ujian dari Esa
ujian yang perlu kalian tempuhi
ujian yang kalian harus syukuri
ujian ini hanya untuk mengguji
mengguji kecekalan, ketabahan,kesabaran dan ketaqwaan
kalian sedang diuji jadi :-
janganlah lalai
janganlah leka
janganlah bersedih
janganlah terus menangis.
sambutlah ujian ini :
dengan seyuman
dengan besar hati
dengan penuh kesyukuran
masa ini kalian tunjuklah
dalam mana taqwa
tinggi mana iman
teguh mana hati
besar mana islam
yang menyelimuti rohani dan jasmani
sesungguhnya DIA sedang melihat kalian
Wednesday, January 14, 2009
Persatuan
Persatuan
sukar memahami ahli
sukar juga ahli
untuk saling memahami
kita harus pergi pada tujuan
dengan harapan hidup
pengerusi sesekali dibawah
ahli wajar dengan haknya
dan faham arah
pentadbir dengan kuasa kecil
atau terpencil
Kepala pesatuan bukan si tunggal
Barangkali pengerusi hanya telinga
Timbalannya mungkin mata
Setiausaha mulut yang berbicara
Atau semua diluar perbatasan
Ahli yang berada dihujung mesyuarat
Mungkin jantung penentu hayat
Si awing yang penurut
Si buyung yang sering risau
Si melur yang kerap menentang
Barangkali darah, gaging dan tulang atau urat
penentu kudrat
kita adalah pelbagaian yang bersatu
menentang dan bersetuju
kita harus pergi kepada tujuan
dengan harapan dan kesediaan
kita harus memahami arah
dengan akal cerah
sukar memahami ahli
sukar pula ahli
untuk saling memahami
dan persatuan harus hidup
dicelah kesukaran ini.
(Rahman Shaari )
Dewan Sastera ogos 1983
Puisi Baharu Melayu 1961-1986
Di selengarakan oleh Ahmad Kamal Abdulah Dan Ahmad Razali haji Yusof
Dewan bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 1990
benarkah
sakit bermula daripada kata
kecewa bermula daripada cinta
pedih bermula daripada janji
benci bermula
daripada kasih sayang
duka bermula daripada suka
dendam bermula
daripada ketawa?
Kalau benar aku ingin
terus berpuisi dalam diam
kerana kebisuan
lebih bermakna
daripada galak berbicara keras
yang hanya menambahkan luka
jika tersasar.
Aku akan terus berpuisi
memulangkan
harum makna aksaranya
mengikut landasan yang benar
pantang dalam
diri menderhaka
mengundang ketidaksenangan.