sukar aku bayang
sukar lagi nak merasa
merenung dari hati
melihat guna rasa
namun sia-sia
bait antologi kata
berselerak berterbangan
udara sesak dengan bahasa
jiwa gelora tanpa kata-kata
detik berlalu
masa melintas
zaman berubah
kaki masih tidak bergerak
nafas masih berlagu sumbang
sukar melanda
mencari penyelesaian
kerja sia-sia yang tiada kekal
menipu diri
menjadi kendiri
sebagai kekuatan membentuk azali
namun diri sukar berdikari
melihat hati sering berperi
gundah dan gembira sering terjadi
semasa melintas onak berduri
No comments:
Post a Comment