Sunday, October 16, 2011

seperti nafas ini menghembus

malam tidak lagi gelap
bila bulan dan bintang bercahaya
malam tidak lagi sunyi
bila ungas-ungas menyanyi lagu sepi

aku sentiasa menunggu
waktu
bila siang dan bila malam
pada kehebatan waktu aku sentiasa merindu

rindu aku pada dia pencipta
pencipta yang tidak pernah aku kenal secara zahir
aku merinduinya bukan sahaja pada kata
tetapi seluruh jiwaku

seperti nafas ini menghembus
seperti itulah rindu aku pada DIA