Sunday, December 30, 2012

RAHSIA

Rahsia itu tiada makna tiada maksud untuk difahami tiada gambaran ilusi untuk fantasi tiada warna pada kertas usang Rahsia itu kejam membunuh setiap kata-kata merobek setiap jiwa-jiwa hancurkan setiap gunung harapan Rahsia itu setia pendamping paling rapat paling dekat dan melekat paling hampir tiap saat Rahsia itu wujud pada setiap insan pada setiap masa pada setiap ilmu

Saturday, April 21, 2012

berdiri

AKU BERDIRI DISINI MATAKU MEMANDANG MATAHARI OTAK KU BERPUTAR MEMBUAK DAN MENGHALUSI SAAT-SAAT YANG TELAH BELAKANG KU LALUI tiba-tiba hati ku bergegar tanpa kawalan lagi jiwaku terus diperangi sayu pagi mataku pula banjir dibasahi air-air mata hati dadaku sesak teresak-esak hatiku geram mendendami AKU BERDIRI DISINI MELIHAT KANAN DAN KIRI NAMUN MATAKU TETAP MEMANDANG MATAHARI AKU BUKANLAH SEORANG INSANI YANG BEGITU KENAL ILLAHI BUKAN AKU JUGA SEORANG YANG WARAK UNTUK KENAL YARABUL IZZATI aku seperti tadi terus memandang matahari aku sangat kagumi pencipta matahari terasa ingin ku pelajari membuat mata hari hahahahah aku ketawa sendiri mana mungkin ku buat matahari AKU MASIH LAGI BERDIRI DISINI NAMUN MAAU TIDAK LAGI MEMANDANG MATAHARI AKU TERUJA PULA MELIHAT DUNIA SATU LAGI KU KATA PADA DIRI KE SANA AKAN KU PERGI SATU HARI NANTI KARYA INI AKU TULIS PADA 2 OGOS 2007 JAM 7.48PM LAMA AKU PERAM DALAM KERTAS LUSUH...

Thursday, April 19, 2012

mana oh mana

Mana pergi bintang..hilang
tiba waktu malam ..kelam
mana hilang terang ..suram
buat aku rasa... bimbang
keliru didalam dada
cemburu merantai jiwa..
hati mula rasa curiga
hilang sudah semua
rasa yang ku simpan