Sunday, August 11, 2013

pantai petang

Kedengaran lagu riang Bila hati terasa asing Pecahan melodi runsing Memerangkap rasa bising Keriuhan nestapa mengukir Pada tembok kelikir Yang pecah berbutir-butir Pabila kesesatan maya fikir Buih-buih pada gigi pantai Menggigit emosi dan memamah seganap Penjuru hati Ku laung pada keluasan pandang Hanya angin petang menampar muka ku kembali Aku sendirian dengan emosi itu Hanya bahang petang menguris kulit hati....

rasa

Dan bila masa hati ini juga pandai rasa sunyi Sunyi kasih sayang yang seperti mana bahagia Berkata pada hati aku sunyi Rindu dan juga rasa secebis sepi Dan pada siapa harus aku luah Kata dan perasaan yang memungkinkan aku lega Rasa itu membunuh jiwa dan menodai fikiran Hingga aku hanyut....

Sunday, June 9, 2013

dan bila malam

Dan bila malam Sering berbisik tentang Dingin bayu bertiup Mendakap urat sendi Menyelimut segenap rasa Dan bila malam Menyanyikan lagu Alunan melodi Dari bunyi ungas Yang galak Dan bila malam Bulan dan bintang Menjadi seri Pamer cahaya agung Bukti Esa kuasa Dan bila malam Yang sentiasa sudi Hadir setelah mentari Pergi di barat Dan tenang pada waktunya

Sunday, January 20, 2013

pejuang-pejuang lidah

perjuangan mereka dengan lidah menghiris setiap kata-kata meminta intan dan permata tanpa mahu perah tenaga perjuangan mereka dalam bagai jurang tinggi bagai langit mahal bagai darah jauh bagai syurga perjuangan mereka hanya kata-kata meminta seperti pengemis yang lapar dalam peti makanan yang dahaga dalam air yang sejuk ketika mentari dikepala. perjuangan mereka hanya suka-suka menentang untuk dipandang bercakap untuk jadi tinggi berlakon untuk dikenali