Monday, December 13, 2010

KuTerTanya

Aku tertanya
adakah punya soalan tiada jawapan
tiada punca dan tiada makna
hanya tersurat dibalik kertas kosong
aku kaku.

Aku tertanya
adakah punya jawapan pada tiap soalan
boleh memberi makna dan rasa
supaya hati bisa jadi lega pada hal yang tersirat
aku terdiam.

Aku tertanya
adakah memori semalam itu bisa hilang
dari celah ingatan usang yang berkedut
membawa ke segarnya minda kecil
aku tergangga.

aku tertanya
adakah bahagia itu cantik
elok pada mata tenang pada jiwa
hanya ada tawa pada bibir
aku tertunduk

Aku tertanya
adakah cinta itu hebat
bisa memberi kuat pada lemah
atau celaka pada si pemuja
aku menangis.

Saturday, December 11, 2010

RuanG-RuanG KosOnG

berikan aku ruang-ruang kosong
untuk ku benihkan rasa ku ini
agar kau bisa kenal aku
agar bisa kau suka aku

berikan aku waktu
detik atau masa
untuk ku curahkan rasa
agar kau suka aku
agar kau sayang aku

ku ingin kesempatan
agar bisa aku lepaskan
rasa-rasa
yang ada pada hati
yang ada pada jiwa

biar puisi ini jadi suara
biar jemari ini berkata
biar mata ini memberi jawapan....

Sunday, November 7, 2010

DuNia SaTu PenTas PenipUan

hari ini aku bersuara
berdiri tegak dengan pelbagai rasa
ingin meluah tentang beku didada
kaki ku pacak terpasak pada bumi yang berdada
tangan pula kugengam tanda berkuasa

berdiri tegak bagai panglima
bermuka sombong masam dan bangga
merenung inci-inci ruang segenap hasta
menanti hujah dengan waspada.

periku untuk yang berkuasa
lupakah mereka pada insan biasa
memangku , mengangkat sehingga berada pada awan sana
tidak lagi ingin menunduk pula
melihat kebawah jauh kami berada

aku bukan seorang punjangga
bermadah berhelah suka-suka
tiada titik warna nila
merosak susu bukan lagi untuk sebelanga

aku bukan penulis yang buta
menulis tanpa melihat dunia
fantasi itu semua dusta belaka
sebelum janji tertunai nyata.

Sunday, September 19, 2010

kaTe KaTe Aku

dah lama aku tak update blog nih.
tak da idea dan kesempatan untuk aku
mengindahkan kata-kata.
mungkin dah abis semua ayat yang ada.
entahla. aku nih kadang-kadang ikut mood ja kalu nak buat sesuatu
kalu mood baik banyakla aku menulis.
blog puisi aku nih berserabut dah aku tgk. nak kena ubah sket bagi leh gempak. tp cam na ea.. aku tak da idea la..tolong2.. ehehheh alamak dah mai idea nak tulis sesuatu lak
idea.....

idea juga bernama ilham
yang sering datang bila diperah
sering buntu bila dikerah

idea kau bukan sumber asli alam
yang lahir dari sebatang pokok
namum kau timbul dicelah sengsara akal

idea kau penuhi jiwa kosong penulis
berupaya merobek tembok sunyi
melawan ruang-ruang kosong kertas usai

idea kau tidak bernyawa selagi tidak dihidupkan
oleh jejari lincah pada keybord
atau dari selembut tangan menghayun pena

bila kau nyata
kau kembali hilang dalam setiap lubuk2 hati
jiwa dan raga pembaca.
ku tahu setiap yang hidup dari mula
akan kembali pada asalnya..

JaRi

Jari ini terasa lama kaku
tiada gerak menjana idea lesu
menekan keybord usang menyatakan sesuatu
perkara yang bermain tiada hendak muncul selalu

jari ini terasa lama kaku
tidak upaya lagi seperti selalu
menari riang pada keybord dipenjuru
mengindahkan kata-kata dari otak beku

jari ini terasa lama kaku
tidak menolong mulut yang bisu
menyampaikan hasrat hati yang sayu
supaya semua mereka tahu

Wednesday, August 18, 2010

MatA

aku mahu berkata tentang mata
mata yang tiada suara
tidak dapat berkata-kata
tapi bisa membuat orang merasa
tergoda malah terhina.

sungguh hebat bila dia berbicara
bicaranya dengan lembut sahaja
tiada bunyi apa-apa suara
geloranya hebat membuat semua terpinga

sungguh hebat permainan mata
tapi semua mudah lupa
kenapa kita diciptakan mata
untuk menghargai dunia
atau mengejar siksa
entah pasrah belaka...

Saturday, August 14, 2010

larian terhenti

disaat aku berlari
aku berhenti
mencari-cari
yang mana dia hati
aku termenung melihat langit yang berkaki
aku berpusi
puisi ku hanya untuk ilahi
memuja dan memuji
kehebatan yang maha TINGGI
hati ku jiwa ku ingin jadi suci
sebersih air dikali
ku basuh berkali-kali
dengan air mata hati
aku senyap sendiri
melihat muka-muka cantik berseri
tentang kata, tentang jiwa sering berperi
mengalun pelbagai melodi
sungguh indah sekali

Thursday, August 5, 2010

kertas

kertas
kau hanya satu perkara yang tiada apa
tiada guna , tiada beharga..
namun
jika kau diberikan nyawa.
kau hidup jauh tinggi dari harga
kau buat sesiapa berlaga-laga
mengejar-ngejar dimana-mana.

aku juga turut begitu
tiada lagi segan atau malu
payah , perih atau pilu
aku terus lupa selalu
malam dan siangku
hanya mimpi memeluk dirimu

walau hanya sehelai kertas
kau kelihatan pantas membuat hati-hati keras jadi
rungsing dan cemas.
tiada sabar tangani ini ingin gengam diri mu dengan kemas..

kau adalah ijazah pertamaku
yang sentiasa menjadi mimpi
indahku.

fikiran

aku terlepas fikiran
jauh sangat dia berlari
tak sempat aku kejar
perlukah.. mestikah..
aku mesti bg peluang
tapi kenapa? malas dah bermimpi
atau takut untuk sendiri..
aku masih mencari
mn hilang mimpi
mana hilang ilusi..
penat dah berlari
penat dah berdiri
sunyi dah sendiri
tawaku tangisku
diriku ada pada janji
yang tak akn mungkin sesekali
bisa aku mungkiri..
bagaimana aku harus
hadapi..
susah? senang? payah?
semua negatif..
dimana positif..
utara atau selatan
atau tidak kedua-duanya..
lihat pada awan..
tak pernah tetap bila digiris angin
lihat pada pantai
kadang jd teluk kadang jadi tanjung.
lihat sana.. lihat situ.. lihat sini
semua hanya kabus minda
semua tipu..perih dgr kenyataan?
lagi sakit yang memikulnya..
apa itu hancur.. apa itu lebur
panas dibakar sekam.. tiada tinggal abu atau sedikit parut
bisa menjadi kenangan.
apa lagi.. apa lagi..
tak sempat aku kejar fikiranku..

Thursday, May 6, 2010

gunung berapi 2

engkau kembali sebagai tanda
kau kembali sebagai petanda
kau kembali sebagai titik tolak
kau kembali sebagai mimpi

tiada sapa mengerti
kau hidup sekian lama mati
memcetus evolusi peri
mencatat sejarah sendiri

hidup mu dulu telah sepi
diam tanpa suara dan peri
terkubur bersama marah yang tinggi
terbenam jauh diperut bumi

kau kembali bukan untuk membangga diri
atau sebagai pahlawan berdiri
tapi tanda kekuasaan ilahi
yang teguh tetap dan ada berperi
menyatakan dia wujud dan tersendiri

kau tanda kiamat tidak lama lagi
yang bisa jadi secara semulajadi
tak bisa ditahan juga dihenti
oleh sesiapa pon dimuka bumi.

gunung berapi 1

kau kembali gegarkan dunia
mengaum hebat bersama sayap angin
membawa sejuta kepasrahan
mencetuskan pelangi emosi

kau hidup setelah lama pergi
menunjukkan kuasa yang Maha mengertahui
menerobos semua akal dan fantasi
mengegarkan kotak-kotak logik yang sering berperi

hidupmu membawa erti
sejuta makna dan konklusi
merubah pendapat serta pegangan
mengempar dunia yang sudah mati
morobek hati dan jiwa sanubari

suara mu tetap sama
walau telah lama menyepi
dibawa sayap angin
berlayar kesekian negeri

Wednesday, April 21, 2010

mencari bahagia

bahagia ungkapan pasrah yang sering diminta
biarlah hanya setitik jika ia air pasti memuaskan si dahaga
biarlah cuma segengam beras bisa jadi bubur bagi si lapar.
biarlah secubit simpati bagi sesorang yang mengerti
biarlah hanya ruang sempit bisa berteduh si miskin
biarlah hanya sebuah ungkapan kepada cinta yang diingini

bahagia juga susah untuk ditafsir
susah untuk dimengerti
susah untuk dijual atau dibeli
bagaimana bisa menimbang , menyukat, rasa bahagia?
merepek......!

pengertian rasa itu sangat licik
bisa membunuh jiwa-jiwa yang kosong dan usang
jiwa-jiwa rapuh akn terus jadi debu..
terbang dibawa angin
sungguh ngeri..

bahagia yang kucari kurasa bukan disini
bukan di depan mata
tapi bahagia yang kucari adalah bahagia seorang hamba
yang mengenali PENCIPTANYA.

Tuesday, April 20, 2010

Aku Mahu Mencari

siapakah aku?
siapakah dia?
siapakah mereka?
persoalan oh persoalan

ingin ku berlari
ingin ku terbang
ingin ku melompat
sia-sia

aku mencari aku
aku itu siapa?
seorang manusia?
seekor binatang?
atau kedua-duanya..

argh.. pergi mati semuanya
aku mahu SWADAYA
aku mahu jiwa
aku mahu hati
aku mahu roh
pada siapa harus aku temui
pada DIA?

tapi di mana DIA
bagaimana harus aku cari..
perlukah aku percaya kata-kata dongeng
dari pendita buta cahaya
memegang kitab, ? bodoh

aku tahu DIA ada..
aku tahu DIA perlu dicari
aku pasti JUMPA DIA.
pasti..

ada apa pada masa?

detik menjadi saat
saat berubah menuju minit
minit berlari menuju jam
jam melompat mencari hari
hari terbang mengejar minggu
minggu mengesot mengapai bulan
bulan merangkak mencapai tahun.

ada apa pada masa?
berharga berbanding emas kah
bernilai seperti berlian kah.
sia-sia melihat benda yang berjalan tiada rehat.

biarkanlah ia berlalu
bukan ada apa yang pasti pon..
kerana kita tak mengerti
kerana kita sesat sendiri

melihat diri dari mata kabur
hanya nampak kabus tebal
gelap dan putih semuanya.

mari semua berjalan seperti masa
tiada henti tiada rehat tiada kawalan

keliru masih keliru

hari ini aku keliru
aku keliru melihat semalam
semalam yang masih kelabu
yang dilitupi awan-awan bisu

hari ini masih keliru
kerana melihat kemalrin
yang bergerak kaku
meninggalkan kenangan pilu

hari ini juga aku masih keliru
jika peri aku tak sehebat dulu
yang bisa melukis batu-batu
menjadi bentuk sesuatu

hari ini aku terus keliru
bilamana aku terus bisu
hanya memandang peri-perilaku
yang dusta beribu.

Thursday, April 15, 2010

ketika rasa ingin mengerti

aku disini
berpijak pada tanah yang tinggi
merenung jauh dibalik pelangi
tanganku mengapai awan yang biru
akulah yang tinggi.

kakiku kaku terkunci
mulutku bisu seribu erti
hatiku pula panas berapi
akulah yang hebat sekali

aku cuba terbang
mengikuti burung
mengikut sayap-sayap angin
membawa aku pulang

sesekali aku melihat jauh kedasar bumi
sesekali aku berhenti jauh pada dasar hati
namun aku jadi binggung sendiri
apakah yang aku cari
siapakah yang aku ingin temui

hati ini berdetik
jiwa ini bergerak
fikiran jua tiada ingin berhenti

ku dah temui
ku dah harungi
ku dah sertai
sekarang tibalah masa aku mengerti
memahami dan menerus perjuangan ini.

Thursday, February 25, 2010

masa depan pasti?

masa depan menghantuiku
bukan kerana tak pasti
tapi kerana fantasi
bukan semuanya mimpi
kerana ia seperti realiti

aku selalu sendiri
memikirkan bergitu dan bergini
adakah ia semula jadi
atau sekadar taksub sendiri

sakit kepala
sakit dijiwa
merana dihati
namum tiada guna
kerana ia berperi sendiri

kenapa masa depan sering menghantui
mengikat aku begini

Wednesday, February 17, 2010

aku tidak akan memaksa

terima kasih
kerana sudi memberi
peluang untuk aku
berjalan di dasar hati

biarlah hanya pada permukaan
tapi sudah cukup buatku gembira
buatku rasa bahagia
oh indahnya

aku tidak akan memaksamu
membuka pintu hati
supaya bisa aku menyelam
pada kedalaman cinta

aku akan cuba mencari
kunci azimat
supaya bisa melihat ruang hatimu
supaya bisa kamu menerima
benih hati ku
aku tidak akan memaksa