Saturday, September 5, 2009

lupakan seketika orang yang tak mengerti

Apalah ertinya lagu tanpa irama,
Ombak tanpa pantai,
Layang-layang tanpa tali,
Langit tanpa bumi,
Si pungguk tanpa bulan,
Dan Aku tanpa dirimu..

tapi semua itu tiada erti
kerana semua belum pasti
hidup ini pon banyak liku lagi
entah esok kita akan mati

lebih baik kita sendiri
cari dulu ketenangan abadi
mencari sejuta maksud duniawi
moga mudah nanti kita berperi

usah mudah bersedih hati
jiwa lemah tiada bersendi
menjadi mayat sebelum mati
jadi rugi merana sendiri

dengarlah nasihat ini
dari seorang rakan yang sejati
cubalah kau tenangkan hati
lupakan seketika orang yang tak mengerti

No comments:

Post a Comment