Persatuan
sukar memahami ahli
sukar juga ahli
untuk saling memahami
kita harus pergi pada tujuan
dengan harapan hidup
pengerusi sesekali dibawah
ahli wajar dengan haknya
dan faham arah
pentadbir dengan kuasa kecil
atau terpencil
Kepala pesatuan bukan si tunggal
Barangkali pengerusi hanya telinga
Timbalannya mungkin mata
Setiausaha mulut yang berbicara
Atau semua diluar perbatasan
Ahli yang berada dihujung mesyuarat
Mungkin jantung penentu hayat
Si awing yang penurut
Si buyung yang sering risau
Si melur yang kerap menentang
Barangkali darah, gaging dan tulang atau urat
penentu kudrat
kita adalah pelbagaian yang bersatu
menentang dan bersetuju
kita harus pergi kepada tujuan
dengan harapan dan kesediaan
kita harus memahami arah
dengan akal cerah
sukar memahami ahli
sukar pula ahli
untuk saling memahami
dan persatuan harus hidup
dicelah kesukaran ini.
(Rahman Shaari )
Dewan Sastera ogos 1983
Puisi Baharu Melayu 1961-1986
Di selengarakan oleh Ahmad Kamal Abdulah Dan Ahmad Razali haji Yusof
Dewan bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 1990
No comments:
Post a Comment