Sunday, August 11, 2013
pantai petang
Kedengaran lagu riang
Bila hati terasa asing
Pecahan melodi runsing
Memerangkap rasa bising
Keriuhan nestapa mengukir
Pada tembok kelikir
Yang pecah berbutir-butir
Pabila kesesatan maya fikir
Buih-buih pada gigi pantai
Menggigit emosi dan memamah seganap
Penjuru hati
Ku laung pada keluasan pandang
Hanya angin petang menampar muka ku kembali
Aku sendirian dengan emosi itu
Hanya bahang petang menguris kulit hati....
rasa
Dan bila masa hati ini juga pandai rasa sunyi
Sunyi kasih sayang yang seperti mana bahagia
Berkata pada hati aku sunyi
Rindu dan juga rasa secebis sepi
Dan pada siapa harus aku luah
Kata dan perasaan yang memungkinkan aku lega
Rasa itu membunuh jiwa dan menodai fikiran
Hingga aku hanyut....
Sunday, June 9, 2013
dan bila malam
Dan bila malam
Sering berbisik tentang
Dingin bayu bertiup
Mendakap urat sendi
Menyelimut segenap rasa
Dan bila malam
Menyanyikan lagu
Alunan melodi
Dari bunyi ungas
Yang galak
Dan bila malam
Bulan dan bintang
Menjadi seri
Pamer cahaya agung
Bukti Esa kuasa
Dan bila malam
Yang sentiasa sudi
Hadir setelah mentari
Pergi di barat
Dan tenang pada waktunya
Sunday, January 20, 2013
pejuang-pejuang lidah
perjuangan mereka dengan lidah
menghiris setiap kata-kata
meminta intan dan permata
tanpa mahu perah tenaga
perjuangan mereka
dalam bagai jurang
tinggi bagai langit
mahal bagai darah
jauh bagai syurga
perjuangan mereka hanya kata-kata
meminta seperti pengemis
yang lapar dalam peti makanan
yang dahaga dalam air
yang sejuk ketika mentari dikepala.
perjuangan mereka hanya suka-suka
menentang untuk dipandang
bercakap untuk jadi tinggi
berlakon untuk dikenali
Subscribe to:
Posts (Atom)