Sunday, December 30, 2012
RAHSIA
Rahsia itu tiada makna
tiada maksud untuk difahami
tiada gambaran ilusi untuk fantasi
tiada warna pada kertas usang
Rahsia itu kejam
membunuh setiap kata-kata
merobek setiap jiwa-jiwa
hancurkan setiap gunung harapan
Rahsia itu setia
pendamping paling rapat
paling dekat dan melekat
paling hampir tiap saat
Rahsia itu wujud
pada setiap insan
pada setiap masa
pada setiap ilmu
Saturday, April 21, 2012
berdiri
AKU BERDIRI DISINI
MATAKU MEMANDANG MATAHARI
OTAK KU BERPUTAR MEMBUAK DAN MENGHALUSI
SAAT-SAAT YANG TELAH BELAKANG KU LALUI
tiba-tiba hati ku bergegar tanpa kawalan lagi
jiwaku terus diperangi sayu pagi
mataku pula banjir dibasahi
air-air mata hati
dadaku sesak teresak-esak
hatiku geram mendendami
AKU BERDIRI DISINI
MELIHAT KANAN DAN KIRI
NAMUN MATAKU TETAP MEMANDANG MATAHARI
AKU BUKANLAH SEORANG INSANI YANG
BEGITU KENAL ILLAHI
BUKAN AKU JUGA SEORANG YANG WARAK UNTUK
KENAL YARABUL IZZATI
aku seperti tadi
terus memandang matahari
aku sangat kagumi pencipta matahari
terasa ingin ku pelajari membuat mata hari
hahahahah aku ketawa sendiri
mana mungkin ku buat matahari
AKU MASIH LAGI BERDIRI DISINI
NAMUN MAAU TIDAK LAGI MEMANDANG MATAHARI
AKU TERUJA PULA MELIHAT DUNIA SATU LAGI
KU KATA PADA DIRI KE SANA AKAN KU PERGI SATU HARI NANTI
KARYA INI AKU TULIS PADA 2 OGOS 2007 JAM 7.48PM
LAMA AKU PERAM DALAM KERTAS LUSUH...
Thursday, April 19, 2012
mana oh mana
Mana pergi bintang..hilang
tiba waktu malam ..kelam
mana hilang terang ..suram
buat aku rasa... bimbang
keliru didalam dada
cemburu merantai jiwa..
hati mula rasa curiga
hilang sudah semua
rasa yang ku simpan
tiba waktu malam ..kelam
mana hilang terang ..suram
buat aku rasa... bimbang
keliru didalam dada
cemburu merantai jiwa..
hati mula rasa curiga
hilang sudah semua
rasa yang ku simpan
Subscribe to:
Posts (Atom)